Tugasan

Tugasan 10 Gambar Inovasi

1.   Sony Xperia Eye – Kamera Kompak Yang Boleh Dipakai Pada Badan


Pada hari pertama Mobile World Congress 2016, pihak Sony telah mengumumkan siri X mereka dan juga empat peranti konsep terbaru dalam dunia mudah alih. Salah satu peranti konsep tersebut adalah Xperia Eye, peranti kamera boleh-pakai dengan resolusi sebesar 4K.

Apa yang menjadikan Xperia Eye ini satu peranti konsep adalah Sony berhasrat dengan adanya peranti ini, ia dapat memastikan pengguna sentiasa dapat mengabadikan apa sahaja kenangan melalui rakaman pada peranti tersebut. Jika dilihat pada evolusi kamera, kenangan dahulu sukar diabadikan kerana saiz kamera yang besar, dan sukar dibawa kemana-mana. Bermulanya dengan penciptaan kamera aksi seperti Go Pro, barulah dunia kamera aksi bertambah mekar dan ramai pengeluar menyertai industri ini. Xperia Eye ini bukan sahaja diilhamkan dari kamera aksi yang sedia dihasilkan oleh Sony, ia juga berupaya menjadi kamera yang pelbagai, malah mempunyai klip yang mempunyai banyak kegunaan.

Menggunakan klip pada belakang peranti Xperia Eye ini, pengguna boleh menyangkutkan peranti ini pada poket baju, dan sedia untuk merakam secara automatik. Oleh kerana saiznya yang kecil dan ringan, pengguna tidak merasakan renyah untuk memakainya. Malah rekabentuknya lebih mesra pengguna dan tampak elegan memakainya. Jika anda merasa memakai kamera aksi seperti Go Pro sepanjang hari membuatkan anda berasa pelik, kamera Xperia Eye lebih sesuai digayakan bersama anda.

Klip pada badan peranti ini juga boleh berfungsi sebagai penyandar peranti ini. Pengguna boleh menggunakannya sebagai kamera untuk perbualan video, menambah kepelbagaian penggunaannya. Bagi menambah versatiliti produk ini, ia juga boleh digunakan sebagai kamera aksi dengan hadirnya beberapa aksesori tambahan. Pengguna boleh menggunakan aksesori untuk meletakkannya di palang basikal, membawanya ke aktiviti lasak dengan cesi kalis air, atau

Xperia Eye ini dilengkapi dengan sensor pengimejan 4K Exmor RS untuk peranti mudah alih dan mampu merakam video dengan resolusi 4k. Ia juga mempunyai fungsi pengecaman wajah, dengan fungsi Intelligent Shutter dan mempunyai penstabil imej Sony SteadyShot. Terdapat juga butang kawalan dan dikatakan peranti ini boleh dikawal menerusi kawalan suara. Tiada spesifikasi penuh didedahkan berkenaan peranti konsep ini. Oleh kerana ini merupakan peranti konsep, masih tidak diketahui lagi adakah peranti ini bakal menemui pengguna atau tidak.



2.   Kabel Pengecas Yang Juga Mampu Melakukan Salinan Data Peranti


Kehilangan data peribadi adalah ketakutan yang dialami oleh pengguna komputer dan juga peranti pintar. Kami sendiri sudah beberapa kali kehilangan data peribadi kerana kerosakan yang dialami oleh cakera keras komputer dan peranti yang dicuri. Sistem operasi yang digunakan sekarang mempunyai sistem yang menyimpan kesemua data pengguna secara awanan secara automatik. Tetapi sekiranya anda terdiri di dalam golongan paranoid dan tidak mahu data peribadi disimpan oleh pihak ketiga, anda perlu melakukan salinan data secara manual. Ini mengambil masa dan memerlukan anda mempunyai sebuah komputer sepanjang masa.

MEEM ialah kabel pengecas merangkap alat simpanan salinan data peribadi. Ia akan secara automatik menyimpan gambar, video, buku alamat, kalendar dan juga muzik apabila peranti dicas. MEEM hadir di dalam versi MikroUSB dan Lightning. Terdapat dua pilihan saiz simpanan iaitu 16 dan 32 Gigabyte. Ini menurut pereka adalah memadai untuk menyimpan data peribadi kebanyakan pengguna. Kabel ini dijual bermula dari $40(~RM 168) seutas.



3.   Pemindahan Data Sepantas 1.125 Tbps Berjaya Dilakukan Di United Kingdom


Purata kelajuan Internet di Malaysia ialah 4.9 Mbps manakala kelajuan Internet 4G kita pula ialah 12 Mbps. Ini sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-73 di dalam senarai kelajuan Internet purata dunia. Korea Selatan di tangga teratas dengan kelajuan purata 20.5 Mbps. United Kingdom ialah negara yang sering dilihat sebagai negara contoh oleh rakyat Malaysia. Tetapi purata kelajuan internet di negara ini ialah 13 Mbps manakala purata kelajuan 4G pula setaraf dengan Malaysia. Bagi sebuah negara yang menanggap dirinya sebagai kuasa besar dunia ini adalah amat memalukan.

Tetapi kelajuan internet perlahan ini mungkin akan menjadi kisah silam seperti Empayar British kerana teknologi pemindahan amat pantas berjaya diuji di Univesity College London. Penyelidik di univerisiti ini berjaya melakukan pemindahan data elektronik pada kelajuan 1.125 Tbps. Ini dilakukan menggunakan teknologi baru yang mengurangkan kehilangan isyarat data ketika pemindahan dilakukan. Data dipisahkan kepada 15 saluran yang memindahkan data secara optikal pada panjang gelombang yang berbeza. Setibanya di destinasi kesemua 15 saluran digabungkan semula kepada asal. Dengan menggunakan 15 saluran berbeza dengan panjang gelombang berbeza, kehilangan data akibat noise dapat dilelakkan. Ujian ini dilakukan pada jarak dekat maka kelajuan sepantas 1.125 Tbps ini tidak mungkin berlaku dalam kegunaan dunia sebenar. Sungguhpun begitu pihak UCL akan melakukan ujian sekali lagi kali ini menggunakan sambungan kabel optikal bagi melihat kelajuan yang mampu dicapai menggunakan infrastruktur yang wujud sekarang. Mungkin dalam masa 10 tahun lagi memuat turun fail sebesar 1 Terabyte dalam masa hanya beberapa saat akan menjadi realiti.



4.   Samsung Mempatenkan Sistem Mengimbas Pembuluh Darah Pada Jam Pintar


Pengimbas nadi, pedometer, gyrometer dan barometer ialah empat sensor yang digunakan pada kebanyakan peranti boleh pakai. Ia digunakan oleh pengguna untuk menjejak tahap kecergasan mereka serta melihat berapa banyak kalori telah dibakar setiap hari. Pengimbas nadi masih tidak terbina pada majoriti peranti pintar (seperti pada peranti utama Samsung) dan jam tangan pintar ialah peranti terbaik untuk menambah kemampuan mengesan nadi. Samsung nampaknya tidak berpuas hati dengan hanya empat sensor di atas. Mereka mampatenkan rekaan jam tangan pintar dengan pengimbas pembuluh darah.

Imbasan pembuluh darah setiap individu adalah unik. Oleh itu ia boleh digunakan untuk mengesahkan identiti pemakai untuk tujuan nyahkunci dan kustomasi antaramuka. Secara teori lebih dari satu pengguna boleh menggunakan jam tangan pintar ini dengan dua profil berbeza dan peranti boleh mengubah profil pemakai secara automatik selepas imbasan dilakukan. Kamera infra merah pada sisi jam digunakan pada sistem imbasan ini. Sebuah lagi inovasi dari Samsung ataupun ia hanya akan kekal sebagai paten yang tidak digunakan? Hanya masa akan menentukan.



5.   Samsung Memperkenalkan Kamera Realiti-Maya Gear 360 Bersama Galaxy S7


Samsung sering kali memperkenalkan produk baru mereka bersama-sama pengenalan peranti flagship mereka seperti Galaxy S7. Terkini, ia dilaporkan Samsung mungkin memperkenalkan kamera realiti-maya yang boleh merakamkan gambar dan video 360-darjah menggunakannya, dinamakan sebagai Gear 360.

Gear 360 ini dikatakan mungkin merupakan hasil sebahagian daripada Project Beyond daripada Samsung yang pernah dipertontonkan beberapa tahun dahulu. Kamera Gear 360 ini kelak dikatakan boleh dihubungkan ke telefon pintar menggunakan Bluetooth dan diuruskan menggunakan aplikasi dinamakan Gear 360 Connect. Ia mungkin ditujukan untuk digunakan bersama-sama telefon pintar berspesifikasi tinggi Samsung, seperti Galaxy S7.Gear 360 ini dikatakan akan menyertakan dua kamera 180-darjah dengan lensa fisheye untuk merakamkan gambar 360-darjah. Kamera ini akan hadir dengan bateri terbina dan juga ruangan storan terbina untuk menyimpan hasil rakaman.

Pada bahagian perisian pula, Samsung akan menyediakan Gear 360 Gallery untuk melihat hasil rakaman, dan turut hadir dengan pelbagai kawalan rakaman seperti HDR, tetapan ISO dan sebagainya.Samsung sebelum ini telah sedia memfokuskan kepada arena realiti-maya dengan memperkenalkan headset mereka, Gear VR – dan turut telah dipasarkan kepada umum. Langkah pengenalan kamera untuk rakaman ini mungkin salah satu perkara yang telah dijangka dan akan mengalakkan lebih ramai untuk hadir dengan kandungan 360-darjah. Samsung menjadualkan tarikh 21 Februari 2016 ini untuk pengenalan produk baru mereka, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai produk ini ketika acara pengenalan Galaxy S7 berkenaan.



6.   Hovervault – Beg Kalis Api Untuk Menyimpan Papan Apung


Masalah kebakaran secara mengejut papan apung masih belum mampu diselesaikan. Ia berpunca dari papan apung murahan yang menggunakan bateri LiOn yang mempunyai kualiti binaan yang rendah. Kerana kemampuannya terbakar secara tiba-tiba, papan apung kini diharamkan dari dibawa masuk ke dalam pesawat. Sekiranya anda sudahpun memilikinya apakah yang harus anda lakukan kepada papan apung anda untuk memastikan ianya selamat disimpan?

Hovervault ialah beg simpanan khas kalis api untuk papan apung. Beg ini diperbuat daripada bahan komposit gentian kaca yang memastikan sekiranya papan apung terbakar, ia tidak akan menyebabkan kerosakan lebih besar. Beg simpanan ini boleh dipesan pada harga $49.95 (~RM 208) sebuah.



7.   Replay Technologies Kini Dimiliki Intel – Sistem Ulangan Aksi 360° Seakan Matrix


Rakaman ulangan aksi pada acara sukan membolehkan penonton melihat semula gol yang dijaringkan secara gerak perlahan. Ia turut boleh digunakan untuk melihat sama ada keputusan pengadil di atas padang adalah tepat ataupun tidak. Sungguhpun begitu teknologi yang digunakan sekarang hanya memberikan rakaman ulangan semula aksi dari beberapa sudut tertentu sahaja.

Replay Technologies ialah syarikat yang menghasilkan sistem rakaman aksi 360 darjah seakan-akan Bullet Time dari filem The Matrix. Dengan teknologi ini penonton boleh melihat semula setiap gol yang dijaringkan mengikut kehendak mereka.

Sistem Replay Technologies sudah digunakan untuk liga bola keranjang NBA di Amerika Syarikat. Penonton di rumah boleh menggunakan aplikasi pintar untuk melihat semula aksi menarik dari segala sudut. Sebanyak 28 kamera berdefinisi tinggi diletakkan di dalam stadium bagi menghasilkan pandangan 360 darjah. Pihak Replay Technologies kini dalam perancangan menggunakan teknologi ini untuk sukan ragbi dan juga UFC. Sebagai peminat sukan bola sepak, kami mahukan teknologi ini digunakan dengan segera untuk siaran di kaca TV. Ini bagi mengelakkan kontroversi seperti jaringan gol menggunakan “tangan tuhan” Maradona dari berlaku di masa hadapan.





8.   Samsung Menawarkan Gear VR Percuma Kepada Pembeli Galaxy S7 Edge


Samsung sebelum ini telah menawarkan beberapa promosi khusus untuk mereka yang ingin mendapatkan Galaxy S7 Edge, termasuk diskaun sehingga 20%. Kini, bagi mereka yang tidak ingin pra-tempah, dan ingin mendapatkannya ketika jerayawara Samsung di beberapa lokasi, anda berpeluang untuk mendapatkan Gear VR secara percuma.

Samsung mengatakan, bersempena dengan pengenalan Galaxy S7 Edge, 2000 pemilik terawal di jerayawara Samsung akan menerima Gear VR secara percuma – sekaligus membolehkan ia digunakan bersama-sama Galaxy S7 Edge untuk menikmati kandungan realiti-maya.

Disamping menawarkan Gear VR secara percuma, ketika di jerayawara Samsung ini juga, pengguna boleh menukar-ganti peranti mereka dan mendapatkan diskaun untuk pembelian Galaxy S7 Edge.


9.   Oculus Rift Mac Akan Hadir Jika Apple Menghasilkan Komputer Berspesifikasi Tinggi


Peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive akan tiba di tangan pemain PC tahun ini. Kedua-duanya dijangka mengubah landskap permainan PC dan diharap menjadi pemangkin era realiti maya yang sudah 20 tahun diuar-uar akan tiba. Buat masa ini hanya platform PC disokong oleh peranti-peranti ini. Tetapi menurut pengasas Oculus Palmer Luckey, sokongan untuk Mac akan tiba sekiranya Apple menghasilkan komputer yang berspesifikasi tinggi.

Menurut beliau Mac Pro yang merupakan komputer paling berspesifkasi tinggi Apple masih tidak mencecah spesifikasi minimum untuk menggunakan Oculus. Ia hanya dilengkapi kad grafik AMD FirePro D700 dan ini tidak setanding dengan kad grafik Nvidia Geforce GTX 970 yang diperlukan untuk menggunakan Oculus. Selagi perkakasan Mac yang lebih baik tidak dihasilkan, selagi itulah Oculus akan kekal eksklusif pada platform PC. Berita ini agak mengejutkan kerana Mac Pro dijual pada harga bermula dari RM 13999 tetapi masih tidak cukup berkuasa menjalankan Oculus jika dibandingkan dengan PC yang dijual pada harga sekitar RM 6000.



10.   (Konsep) Nissan Memperlihatkan Rekaan “Stesen Minyak” Kenderaan Masa Hadapan


Rekaan stesen minyak banyak berubah sejak pertama kali dibuka di pada tahun 1888 di Wiesloch, Jerman. “Stesen minyak” pertama ini sebenarnya adalah perniagaan sampingan seorang pemilik farmasi. Apabila Ford Model T mula dihasilkan secara meluas, stesen minyak khas mula dibina di Amerika Syarikat pada tahun 1905. Rekaan asas stesen minyak tidak banyak berubah cuma sekarang ia turut mempunyai kedai runcit dan di dalam kes tertentu mempunyai restoran makanan segera. Dunia kini semakin menjauhi penggunaan bahan api fosil dan di masa hadapan stesen minyak mungkin akan pupus.

Nissan bekerjasama dengan firma jurubina Fosters & Partners menghasilkan konsep “stesen tenaga” masa hadapan untuk mengecas kenderaan elektrik. Setiap rumah akan mempunyai stesen tenaga sendiri. Bagi mereka yang tinggal di dalam bangunan bertingkat, stesen tenaga mengecas tanpa wayar akan diletakkan di tempat meletak kereta di tepi jalan. Kenderaan dicas pada waktu malam kerana tarif elektrik yang lebih rendah. Kerana jumlah stesen mengecas yang terhad, kenderaan elektrik akan bergerak secara automatik ke tempat meletak kereta kosong secara automatik selepas dicas. Ini membolehkan kenderaan elektrik lain pula menggunakan slot pengecasan yang kini terbuka.

Kesemua kenderaan dicas menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan panel solar. Ini menjadikan kenderaan yang mesra alam ini semakin mesra alam kerana tiada pergantungan sumber elektrik dijana bahan api fosil. Konsep stesen tenaga masa hadapan ini kini dipamerkan di Pameran Kenderaan Geneva yang sedang berlangsung sekarang.


1.   Virtual Reality


2.   Oros Gloves & Jackets


3.   Coolest Camera


4.   Project Soli


5.   New Technology Touch Screen


6.   Wireless PC


7.   Head-Up Display Helmet


8.   Coolest Knife


9.   New 3D Printing


10.   HoloLens


Tugasan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Flash kad huruf hijaiyah


Tugasan Biodata




Tugasan Video Kumpulan

Homeless


Tugasan Esei

Sila klik untuk lihat esei >>> Teknologi Inovasi Dalam Pendidikan

No comments:

Post a Comment